Lelaki maut jengkaut terbenam dalam lumpur

Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam jengkaut di Pengkalan Hulu. Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam jengkaut di Pengkalan Hulu. Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera kendaliannya terbalik, dekat lereng bukit di kawasan perlombongan biji timah di Klian Intan, Pengkalan Hulu di sini, pada Selasa.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Lum Kok Hon berusia 56 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian pada jam 11.53 pagi.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati jengkaut terbabit terjatuh setinggi 10 meter sebelum terbenam dalam lumpur.

Pasukan bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam jengkaut. Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam jengkaut. Foto ihsan Bomba Perak

"Operasi menyelamat bagi mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit segera dijalankan dengan menggunakan gergaji dan pemotong hidraulik.

"Pasukan mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya.

Tambah Sabarodzi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!