Warga emas cedera Proton X50 rempuh klinik

Keadaan Proton X50 selepas merempuh sebuah klinik di Lorong Taipan, Inanam, Kota Kinabalu.
Keadaan Proton X50 selepas merempuh sebuah klinik di Lorong Taipan, Inanam, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang dipandu anaknya merempuh sebuah klinik di Lorong Taipan, Inanam, dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 84 tahun dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu wanita berusia 60 tahun dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 petang.

Menurutnya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Lintas.

"Menurut laporan, kemalangan melibatkan SUV jenis Proton X50 yang terbabas sendiri melanggar sebuah klinik.

"Terdapat dua mangsa terlibat dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan didapati seorang cedera ringan, manakala seorang lagi dilaporkan tidak cedera," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah beliau, mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4 petang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!