Riuh Euro di Restoran Hakim

Lebih 3,000 peminat bola dijangka memenuhi Restoran Hakim pada malam 14 Julai nanti.
Lebih 3,000 peminat bola dijangka memenuhi Restoran Hakim pada malam 14 Julai nanti.
A
A
A

BERSEMPENA kejohanan bola sepak Euro 2024, Sinar Harian akan mengadakan acara khas Riuh Euro iaitu tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi di Restoran Hakim, Shah Alam bermula dari malam 14 Julai hingga awal pagi 15 Julai.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, Riuh Euro Sinar Harian diadakan bagi mengumpulkan kaki-kaki bola sepak di satu lokasi bersama-sama dengan pelbagai aktiviti sepanjang acara sementara menanti sepak mula final.

Katanya, beberapa rakan strategik yang memeriahkan bersama Riuh Euro Sinar Harian termasuklah Restoran Hakim dan Mahsuri Dagang.

“Riuh Euro merupakan salah satu acara berbentuk komuniti dan bertemakan sukan anjuran Sinar Harian dengan rakan strategik kami.

“Kami pernah menganjurkannya pada tahun lalu sempena Piala Dunia. Tahun ini kami sekali lagi memilih Restoran Hakim sebagai lokasi pilihan Riuh Euro 2024,” katanya di sini pada Selasa.

Tambah Zamri, seperti tahun-tahun sebelum ini dijangka lebih 3,000 peminat bola akan memenuhi Restoran Hakim untuk sama-sama menyaksikan aksi final Euro 2024.

Menariknya orang ramai yang hadir berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik dengan menyertai aktiviti sepanjang Riuh Euro.

“Kita akan memulakan Riuh Euro seawal jam 10 malam. Sementara menanti sepak mula final yang dijangka jam 3 pagi, antara aktiviti yang bakal diadakan di Restoran Hakim termasuklah sukaneka, kuiz, timbang bola dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

“Malah, kita amat berbesar hati kerana Riuh Euro bakal dihadiri beberapa tetamu kenamaan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!