Angkat martabat, peranan wanita selari panduan al-Quran

Dari kiri: Farhatul, Atiiqah, Maryam (tengah), Maria dan Rahmas ketika program 'Women's Journey with the Quran' yang bertempat di UTM, di sini pada Selasa.
Dari kiri: Farhatul, Atiiqah, Maryam (tengah), Maria dan Rahmas ketika program 'Women's Journey with the Quran' yang bertempat di UTM, di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Martabat, peranan dan perjalanan wanita antara isu yang diangkat sebagai perbahasan dalam program ‘Women’s Journey with the Quran’ pada Selasa.

Program yang bersiaran secara langsung itu merupakan anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) Charity Right Malaysia, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Mercy Mission Malaysia, QariahApp dan Light Upon Light Malaysia.

Penganjur program, Nurul Zakiah Zazli berkata, perbincangan sesama kaum hawa tersebut menekankan mengenai kesan membaca, mendalami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan harian.

Menurut beliau, al-Quran bukan sekadar perlu didengari, tetapi difahami makna dan intipatinya sebagai panduan serta bekalan sehingga akhir hayat.

“Menerusi program ini, kita akan diajarkan tentang tips dan cara untuk lebih dekat dengan al-Quran buat golongan wanita menjalani kehidupan.

“Ia kerana wanita diberi pelbagai tanggungjawab contohnya selepas berkahwin bagaimana nak membesarkan keluarga sendiri berpandukan al-Quran, tetapi isu sekarang adalah cara untuk memahami dan mempraktikkan ilmu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sesi perkongsian ‘Women’s Journey with the Quran’ yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini.

Program berkenaan turut menampilkan qariah hebat seperti Maria Ulfah (Indonesia), Atiiqah Suhaimi (Singapura), wakil Malaysia iaitu Rahmas Abdullah dan Farhatul Fairuzah serta penceramah khas dari Amerika Syarikat (AS), Maryam Amir.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Maryam yang juga pengasas aplikasi QariahApp khusus untuk wanita memaklumkan, beliau tidak menyangka dengan sambutan positif pengunjung memandangkan ia merupakan kali pertama dirinya menjejakkan kaki ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah motivasi.

Tambahnya, penglibatan dan penyertaan kaum Hawa ke program bual bicara sebegini mampu melahirkan lebih ramai generasi yang cintakan al-Quran pada masa hadapan.

“Ia seperti gelombang yang bakal melahirkan lebih ramai golongan cintakan al-Quran dan saya rasa amat terharu.

“Insya-ALLAH jika ada kelapangan, mungkin saya akan usahakan siri perkongsian yang sama tetapi di negara lain pula,” ujarnya ringkas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!