Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 503 orang daripada 145 keluarga setakat pagi Rabu. Gambar fail
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 503 orang daripada 145 keluarga setakat pagi Rabu. Gambar fail
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 503 orang daripada 145 keluarga setakat pagi Rabu.

Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.

Menurut laman sesawang info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 296 mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

Selain itu, 156 mangsa daripada 34 keluarga berada di Dewan Sri Putatan manakala 33 mangsa daripada sembilan keluarga berada di PPS SK Selupoh dan 18 lagi mangsa daripada lima keluarga di Kampung Bontoi Tamparuli. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: