Pemandu parah SUV rempuh belakang lori tangki

Keadaan Perodua Aruz yang remuk bahagian hadapan selepas merempuh belakang lori tangki minyak di Jalan Kalabakan, Tawau.
Keadaan Perodua Aruz yang remuk bahagian hadapan selepas merempuh belakang lori tangki minyak di Jalan Kalabakan, Tawau.
A
A
A

TAWAU - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu parah manakala dua lagi cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz merempuh sebuah lori membawa muatan minyak sawit di Jalan Kalabakan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pemandu Mohd Nizam Adha Massa, 26, dan rakannya, Andrew Kilau, 26, bersama seorang lagi mangsa lain dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tawau Jemisin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.09 pagi.

Menurutnya, seramai 11 anggota termasuk tiga daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 76 kilometer dari BBP Tawau.

Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital.
Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital.

"Sebaik tiba, terdapat empat mangsa cedera di mana dua daripadanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans sebelum pasukan bomba tiba.

"Seorang lagi mangsa didapati tersepit dalam kenderaan Perodua Aruz dan mengalami kecederaan parah. Operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan dan seterusnya diberi rawatan awal serta dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Katanya lagi, maklumat seorang lagi mangsa dalam kejadian ini tidak diperoleh dan tiada liputan Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di lokasi kejadian menyebabkan maklumat sukar disalurkan.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ditamatkan pada jam 6.50 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!