[VIDEO] BN pernah tumbang kerana politik kebencian - Puad Zarkashi

A
A
A

SHAH ALAM - Politik kebencian yang pernah dimainkan dalam beberapa Pilihan Raya Umum sebelum ini bukan hanya menyebarkan propaganda jahat tetapi juga menyebabkan Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun 2018.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap parti malah menjadi budaya yang diamalkan oleh semua pihak.

“Kita pernah dengar kononnya 40,000 pengundi hantu diimport menggunakan 16 penerbangan khas setiap hari sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). PRU14 timbul pula cerita wujud pengundi hantu Bangla.

“BN pun jalan terus walau pernah jadi mangsa politik kebencian. BN tidak mungkin tumbang tanpa politik kebencian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Politik kebencian yang pernah dimainkan dalam beberapa Pilihan Raya Umum sebelum ini bukan hanya menyebarkan propaganda jahat tetapi juga menyebabkan BN tumbang pada tahun 2018.
Politik kebencian yang pernah dimainkan dalam beberapa Pilihan Raya Umum sebelum ini bukan hanya menyebarkan propaganda jahat tetapi juga menyebabkan BN tumbang pada tahun 2018.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan persekitaran politik negara dipenuhi dengan kebencian yang terlalu menebal.

Tambah beliau, pelbagai pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan sering dijadikan isu politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Puad, politik kebencian tidak menggunakan fakta dan perkara itu semakin sebati serta menjadi budaya di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, Perdana Menteri wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan pelbagai hasutan politik kebencian.

“Perdana Menteri memang betul. Fakta tolak tepi. Itulah politik kebencian tetapi budaya ini diguna pakai tanpa sempadan oleh semua pihak.

“Ada juga yang mengaku kerja dia ialah menghasut. Apakah itu bukan politik kebencian? Anwar wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan politik kebencian. Jalan terus,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!