Lelaki didakwa bunuh ibu diarah jalani pemeriksaan mental

Tertuduh diiring polis ketika hadir ke mahkamah.
Tertuduh diiring polis ketika hadir ke mahkamah.
A
A
A

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau di sini pada Rabu mengarahkan lelaki yang disyaki membunuh ibunya di sebuah rumah di sini bulan lalu menjalani pemerhatian mental selama sebulan.

Majistret, Norshazwani Ishak mengeluarkan arahan berkenaan terhadap tertuduh berusia 33 tahun, selepas pihak pendakwaan meminta tertuduh menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri berkata, tertuduh perlu dihantar ke Hospital Permai terlebih dahulu untuk penilaian mental kerana disyaki tidak sempurna akal.

"Pihak pendakwaan memohon di bawah Seksyen 342 kanun acara jenayah untuk OKT ini di hantar ke Hospital Permai terlebih dahulu untuk penilaian mental," katanya.

Tiada pertuduhan dibacakan dalam prosiding yang berlangsung dan tertuduh juga tidak memberi sebarang maklum balas atas arahan dikeluarkan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 5 Ogos depan bagi mendapatkan status laporan penilaian mental.

Sebelum ini, media melaporkan pergaduhan antara anak yang dipercayai pesakit mental dan ibu berakhir tragedi menyayat hati apabila ibunya yang berusia 63 tahun, maut.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 11.55 pagi di sebuah taman perumahan di Bahau pada 25 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!