Kanak-kanak, remaja hilang dari rumah anak yatim sudah ditemui

Laporan Sinar Harian mengenai kehilangan ketiga-tiga mereka pada Selasa.
Laporan Sinar Harian mengenai kehilangan ketiga-tiga mereka pada Selasa.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari asrama pusat jagaan anak yatim di daerah ini sudah ditemui pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kesemuanya ditemui dalam jagaan nenek kepada salah seorang daripada mereka pada jam 9 malam.

"Kesemua mereka ditahan bersama dua wanita di Balai Polis Simpang Bekoh, Melaka.

"Kanak-kanak dan remaja itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan kehilangan kanak-kanak dan dua remaja dari pusat jagaan anak-anak yatim dikendalikan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taman Cemerlang di sini, sejak Jumaat lalu.

Polis menerima maklumat kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 10.30 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: