Lantik pegawai pesara dalam suruhanjaya bazir bakat sedia ada

Kenyataan Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform pada Rabu.
Kenyataan Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Amalan melantik pegawai pesara ke jawatan tertinggi dalam sesebuah suruhanjaya dan badan pengawasan boleh membazirkan bakat yang sedia ada dan kompeten dalam perkhidmatan awam.

Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform berkata, ia susulan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu.

Menurut kenyataan tersebut, ia dilihat bertentangan dengan kehendak Jawatankuasa Khas Pilihan Khas Parlimen (JKPK) mengenai Pilihan Raya, Reformasi Institusi dan Hak Asasi Manusia dan merosakkan martabat institusi Parlimen itu sendiri.

“Kami menggesa Kerajaan Madani untuk menunaikan janji-janji mereka mengenai pembaharuan pilihan raya.

“Sebagai badan pengawasan yang bebas, SPR adalah penting untuk tadbir urus negara kita kerana ia dapat memastikan bahawa keputusan pilihan raya adalah boleh dipercayai dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak.

“Kredibiliti ini adalah penting untuk semua parti politik kerana ia meningkatkan kualiti proses pilihan raya dan memastikan bahawa keputusan tersebut akan dihormati oleh semua pihak berkepentingan setelah keputusan diumumkan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 26 Julai, media melaporkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan Rahman dilantik sebagai Pengerusi SPR yang baharu.

Mohd Zuki dilaporkan berkata, pelantikan Ramlan itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, perdebatan dan konflik antara parti-parti politik dalam mempromosikan peralihan kuasa juga akan berkurang jika keputusan pilihan raya dilihat sebagai adil serta tidak berat sebelah.

“Tambahan pula, SPR perlu melaksanakan dan menegakkan standard dan prosedur yang tepat yang meningkatkan ketelusan dan kecekapan pilihan raya.

“Kesimpulannya, SPR menegakkan integriti proses demokratik yang penting untuk mengekalkan kepercayaan awam terhadap sistem politik dan mengukuhkan asas kestabilan politik negara itu sendiri,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!