Tinggalkan anak disyaki koronavirus di lapangan terbang

Dua kanak-kanak malang ditinggalkan ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou. - Foto: Weibo
Dua kanak-kanak malang ditinggalkan ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou. - Foto: Weibo
A
A
A

NANJING - Pasangan suami isteri bertindak kejam apabila meninggalkan dua anaknya mengalami demam setelah dilarang menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou, China di sini.

Pada awalnya, mereka bertengkar dengan krew penerbangan menafikan dakwaan anak mereka mengalami demam dan bertegas untuk membawanya menaiki pesawat.

Namun krew penerbangan itu memberitahu dua kanak-kanak itu menunjukkan simptom koronavirus sehingga melarang mereka menaiki kapal terbang berkenaan.

Ekoran itu, mereka tanpa rasa bersalah meninggalkan anak-anaknya di lapangan terbang dan meneruskan perjalanan menaiki pesawat tersebut.

Perbuatan itu dikongsi oleh seorang pelayar di laman web mikroblog Cina (weibo) juga di 9GAG hingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi Weibo, anak-anak malang itu terpaksa dijaga oleh kakitangan lapangan terbang kerana tiada pilihan lain.

Difahamkan, gara-gara perbuatan mereka itu, penerbangan tergendala selama tiga jam.

Rata-rata netizen mengecam tindakan ibu bapa kerana tanpa belas ihsan meninggalkan anak mereka kepada orang luar.

Artikel Berkaitan:

"Saya merasakan mereka sangat kejam. Orang seperti itu tidak mempunyai hati dan mereka tidak akan peduli dengan kehidupan orang lain," kata Jin Yaoyu.

Tambah Ching Lu, "Mereka seolah-olah sengaja membebankan krew itu. Sepatutnya mereka juga tidak boleh menaiki pesawat tersebut kerana sanggup meninggalkan anak mereka begitu sahaja."

Keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou sesak gara-gara kes tersebut. - Foto: Weibo
Keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou sesak gara-gara kes tersebut. - Foto: Weibo

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!