[VIDEO] PRK Sungai Bakap: Pengundi diharap buat pilihan bijak

A
A
A

SUNGAI BAKAP - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap diharap membuat pilihan bijak tanpa terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang berkata, sokongan pengundi juga sebagai petanda mesej jelas penduduk Sungai Bakap tidak akan diperbodohkan lagi dengan propaganda yang disebarkan.

Lih Kang (tengah) ketika selesai berucap di pentas Ceramah Perpaduan di Taman Lima Kongsi Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Lih Kang (tengah) ketika selesai berucap di pentas Ceramah Perpaduan di Taman Lima Kongsi Sungai Bakap, Pulau Pinang.

"Minta pengundi tolong kami yang tiada hak mengundi ini menghantar mesej jelas kepada pihak sana bahawa rakyat kini cerdik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir di pentas Ceramah Perpaduan di Taman Lima Kongsi di sini pada Selasa.

Hadir sama Calon Pakatan Harapan (PH) PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Chang Lih Kang
Chang Lih Kang

Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata, PRK DUN Sungai Bakap ini adalah masa yang sesuai untuk pengundi beri peluang kepada negara agar terus berada di landasan yang betul.

Artikel Berkaitan:

"Yakin kali ini ada peluang cerah bagi menawan Sungai Bakap tapi kita masih perlu pastikan kerah pengundi seramai mungkin untuk mengundi PH.

"Bagi saya sokongan kini berada di tahap 55-45, kami ada kelebihan berdasarkan respon pengundi," jelasnya.

Joohari (kiri) ketika turun padang berkempen semasa Ceramah Perpaduan di Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Joohari (kiri) ketika turun padang berkempen semasa Ceramah Perpaduan di Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Dalam pertandingan dua penjuru, PRK DUN Sungai Bakap, Joohari bakal berentap dengan lawannya, Abidin Ismail dari Pas yang juga merupakan bekas Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh pengundian PRK Sungai Bakap.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!