[VIDEO] Dewan Rakyat kecoh MP dakwa DAP mahu tutup Kemas

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat pada Rabu, kecoh dan berlarutan sehingga lebih 10 minit gara-gara kenyataan dibuat wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa DAP pernah berhasrat menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Audit 1957 (Akta 62) bacaan kali kedua.

Pada awalnya, beliau mempertikaikan peruntukan ahli Parlimen pembangkang yang didakwa telah diberikan kepada Kemas dan pemimpin kerajaan yang kalah dalam pilihan raya./p>

Sidang Dewan Rakyat pada Rabu kecoh dan berlarutan sehingga lebih 10 gara-gara kenyataan dibuat wakil rakyat PN.
Sidang Dewan Rakyat pada Rabu kecoh dan berlarutan sehingga lebih 10 gara-gara kenyataan dibuat wakil rakyat PN.

"Apa hak dia dapat peruntukan? Peraturan dari mana kita bagi pada orang yang kalah untuk mengurus peruntukan... tak halal orang Perlis cakap. Kita terus berdoa kepada ALLAH SWT supaya kezaliman yang berlaku ini dihentikan.

"Minta supaya auditkan peruntukan diberi kepada siapa... dengarnya diberi pada Kemas... DAP dulu nak tutup Kemas, kami perjuangkan... sekarang Kemas hentam kami," katanya.

Teresa Kok (PH-Seputeh) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit mempersoalkan tuduhan Arau dan menggesa agar kenyataan tersebut ditarik balik.

Artikel Berkaitan:

Shahidan mendakwa DAP pernah berhasrat menutup Kemas di Dewan Rakyat pada Rabu.
Shahidan mendakwa DAP pernah berhasrat menutup Kemas di Dewan Rakyat pada Rabu.

Arau yang pada awalnya enggan menarik balik kenyataan asal, kemudiannya akur, namun memberikan kenyataan tambahan lain.

"Saya tarik balik.. tapi sebut DAP anggota dalam kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang nak menutup Kemas," katanya.

Tindakan itu sekali lagi menimbulkan rasa tidak senang pemimpin DAP.

Susulan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong menuntut Arau memberikan bukti terhadap dakwaan yang dibuat kerana mengelirukan Dewan, namun gagal dipatuhi Arau.

Beliau seterusnya meminta Jelutong membuat usul agar Arau menunjukkan bukti terhadap dakwaan berkenaan dan sekiranya gagal, isu tersebut akan dihantar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!