Festival Layang-Layang Antarabangsa Kuantan 'lubuk' rezeki peniaga

Farah Aziana menunjukkan kaedah layang-layang pancing yang mudah dikendalikan oleh kanak-kanak.
Farah Aziana menunjukkan kaedah layang-layang pancing yang mudah dikendalikan oleh kanak-kanak.
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga membawa kira-kira 4,000 aneka layang-layang pelbagai saiz untuk dijual kepada pengunjung pada Festival Layang-Layang Antarabangsa Kuantan di Pantai Sepat bermula Rabu sehingga Ahad ini.

Farah Aziana Anuar, 37, berkata, layang-layang itu dibawa dari Kuala Selangor ke sini kerana yakin ia mendapat sambutan luar biasa oleh pengunjung yang hadir ke pusat peranginan tersebut.

"Saya bawa kira-kira 4,000 layang-layang pelbagai jenis. Ada tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar.

"Daripada jumlah itu, saya juga bawa 1,000 unit layang-layang pancing kerana ia disukai kanak-kanak dan lebih mudah dikendalikan berbanding layang-layang lain," katanya ketika ditemui di Pantai Sepat di sini, pada Rabu.

Dia berharap agar lebih ramai pengunjung hadir memeriahkan festival terbabit, selain melariskan aktiviti peniaga di sini.

"Tahun lalu saya datang juga berniaga di sini, tapi tahun ini saya harap dapat raih pendapatan lebih.

"Jadi, saya mahu ramai pengunjung boleh datang untuk melihat dan membeli layang-layang," katanya.

Sementara itu, pasangan suami isteri Norhaidah Gasuling, 49, dan Roslan Ali, 57, dari Pasir Gudang, Johor turut mengambil peluang untuk menjual layang-layang di Pantai Sepat.

Artikel Berkaitan:

Norhaidah menunjukkan layang-layang helang.
Norhaidah menunjukkan layang-layang helang.

Katanya, sebanyak 2,000 unit layang-layang dipamerkan untuk dibeli pelanggan.

"Kami bawa kira-kira 1,500 unit layang-layang biasa, kira-kira 500 unit layang-layang pancing.

Roslan sedang mengikat layang-layang ikan paus di gerai miliknya di Pantai Sepat di sini pada Rabu.
Roslan sedang mengikat layang-layang ikan paus di gerai miliknya di Pantai Sepat di sini pada Rabu.

"Harga pula paling murah kita jual RM10 seunit sehingga RM120 seunit bagi yang bersaiz lebih besar,” katanya yang sudah menjalankan perniagaan ini lebih 10 tahun.

Norhaidah mempamerkan salah satu layang-layang besar berbentuk rama-rama yang dijualnya.
Norhaidah mempamerkan salah satu layang-layang besar berbentuk rama-rama yang dijualnya.

Penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Kuantan kali ke-2, bermula 3 Julai sehingga 7 Julai di Pantai Sepat bakal menyaksikan penglibatan peserta daripada 15 buah negara.

Pelbagai program diadakan seperti penerbangan layang-layang gergasi oleh peserta antarabangsa bagi menarik ramai pengunjung pelbagai peringkat umur.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!