Ambil tindakan tegas terhadap penyamun emas

Kelantan gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap penyamun emas di Sungai Relai, Taman Negara Kelantan, Gua Musang. Foto hiasan
Kelantan gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap penyamun emas di Sungai Relai, Taman Negara Kelantan, Gua Musang. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penyamun emas di Sungai Relai, Taman Negara Kelantan, Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan berkait kes berkenaan kepada berkuasa dan bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya pada bila-bila masa.

“Sekiranya dibuktikan benar berlaku kes kecurian emas, saya minta tindakan tegas diambil.

“Kami tidak akan berkompromi kerana itu adalah harta rakyat dan kerajaan negeri,” katanya selepas Majlis Pelancaran Cawangan Operasi Dinar Dirham dan Kempen Simpanan Progresif Penjawat Awam Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Mohamed Fadzli
Mohamed Fadzli

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan berkaitan daripada penguat kuasa yang melakukan siasatan dan meminta perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa.

Tegasnya, kerajaan negeri itu mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi bagi sebarang kerja-kerja perlombongan hasil bumi termasuk emas.

“Kita sedang menunggu laporan untuk mengetahui tentang kes ini.

Artikel Berkaitan:

“Siapa-siapa nak melombong silakan tetapi jangan cuba melanggar peraturan yang tidak diluluskan oleh kerajaan negeri, itu dikira melanggar undang-undang dan mencuri hak rakyat negeri Kelantan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua lelaki warga asing diberkas pihak berkuasa selepas dikesan melakukan aktiviti melombong emas secara haram di kawasan Sungai Relai.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dilaporkan berkata, kegiatan haram itu berjaya dibongkar hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) disertai empat pegawai Perhilitan, dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan dua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!