Bekas ADUN Jeram meninggal dunia

Norsiah
Norsiah
A
A
A

KLANG - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Norsiah Abd Rahim 78, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Kapar Klang di sini pada Rabu.

Menantunya, Badrul Hisham Ibrahim, 58, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.25 tengah hari.

Menurutnya, Allahyarham sebelum ini menerima rawatan selama lapan hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya pada Isnin.

"Arwah sebelum ini menghidap penyakit kencing manis sejak 14 tahun lalu dan kerap menjalani rawatan dialisis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Badrul Hisham berkata, jenazah Allahyarham ketika ini sedang dimandikan di Masjid Kampung Sementa dan akan disembahyangkan di masjid sama.

"Kami jangka urusan pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sementa, Klang selepas solat Asar kira-kira jam 5 petang ini," ujar beliau.

Katanya, Allahyarham meninggalkan seorang anak, manakala suami dan seorang lagi anaknya telah meninggal dunia.

Norsiah sebelum ini menjadi ADUN Jeram dari Barisan Nasional (BN) selama dua penggal dari tahun 1974 hingga 1982.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!