Remaja ditahan terlibat judi Euro 2024

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang remaja berusia 19 tahun kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian catit taruh kejohanan bola sepak Euro 2024, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Sunway telah membuat serbuan di sebuah cafe di dalam kawasan Bandar Sunway, di sini pada jam 12.50 pagi.

Beliau berkata, pihaknya merampas telefon bimbit kerana mempunyai aktiviti perjudian membabitkan Piala Euro 2024.

"Menerusi Op Soga X, suspek direman tiga hari bermula semalam hingga 5 Julai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wan Azlan berkata, Wan Azlan berkata, sebanyak lapan serbuan dilakukan di daerah ini bermula 14 Jun lalu sehingga semalam di bawah Op Soga X sempena Euro 2024.

Hasil serbuan itu, katanya, pihak polis berjaya menahan tujuh lelaki dan seorang perempuan pelbagai bangsa yang berusia lingkungan 19 hingga 35 tahun.

Selain itu menurutnya, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama yang mempunyai aktiviti perjudian catit taruh Euro 2024 telah dirampas.

Kata Wan Azlan, kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) dan kesalahan imigresen di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Artikel Berkaitan:

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terbabit dengan kegiatan judi tanpa lesen sah dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!