Alami masalah kesihatan, gadis terharu dilayan baik krew AirAsia

Wendy meluahkan rasa terharu dan gembira atas layanan baik krew penerbangan AirAsia. - Foto: Twitter Wendy
Wendy meluahkan rasa terharu dan gembira atas layanan baik krew penerbangan AirAsia. - Foto: Twitter Wendy
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang gadis melahirkan rasa terharu dan bersyukur di atas layanan baik dan keprihatinan krew sebuah penerbangan tambah murah AirAsia semasa dia mengalami masalah kesihatan.

Dikenali sebagai Wendy, peristiwa itu berlaku ketika dia menaiki penerbangan AK5327 dari Kota Kinabalu ke Penang semalam untuk pulang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Katanya, dia mengalami masalah senggugut (period pain) hingga berasa kurang selesa.

"Saya mengalami major 'period pain' ketika berada di pesawat. Saya rasa sakit sangat. Mujur ada pasangan suami isteri yang baik, duduk di sebelah saya dan maklumkan perkara itu kepada pramugari.

"Pramugari kembali semula ke tempat saya dengan membawa air minuman panas dan panadol untuk melegakan kesakitan. Sepanjang perjalanan, mereka sangat prihatin dan sentiasa bertanyakan khabar, sama ada keadaan saya, baik atau tidak," katanya.

Wendy merasai pengalaman itu buat kali pertama sejak memilih penerbangan tersebut sejak lima tahun lalu.

Tangkap layar komen Twitter Wendy dan AirAsia.
Tangkap layar komen Twitter Wendy dan AirAsia.

"Ini kali pertama saya mengalaminya, mereka sangat membantu dan ini perkhidmatan terbaik dari AirAsia.

Artikel Berkaitan:

"Saya pun tak tahu berapa puluh kali saya menaiki penerbangan ini dari Kota Kinabalu ke Penang dalam tempoh lima tahun. Apa pun terima kasih krew kabin yang bertugas pada penerbangan AK5327 pada 23 Januari.

"Kamu semua telah membuatkan hari saya menjadi lebih baik dan memori tidak dapat dilupakan ketika pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baru Cina," katanya turut 'tag' Twitter AirAsia.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menarik perhatian Twitter AirAsia yang turut berada gembira di atas bantuan kakitangan dan mengalu-alukan kembali kehadirannya menaiki penerbangan itu selain akan menyampaikan mesej baik kepada pasukan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!