MP PN cetus kekecohan lagi, dakwa pemimpin DAP dapat tanah di Kelantan

Pemimpin PH bangkit mencabar Awang menamakan pemimpin DAP yang didakwa memiliki tanah di Kelantan mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Pemimpin PH bangkit mencabar Awang menamakan pemimpin DAP yang didakwa memiliki tanah di Kelantan mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas Dewan Rakyat kecoh berikutan dakwaan bahawa DAP mahu menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila mendakwa terdapat pemimpin DAP telah memperoleh tanah di Kelantan yang dimohon.

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mendakwa beliau mendapati terdapat pemimpin DAP memohon tanah di Kelantan berjumlah ratusan ekar.

"Mungkin ini di luar pengetahuan Jelutong (RSN Rayer)... dia tak tahu ini," katanya.

Jelutong pantas bangkit memberi amaran agar Pendang tidak membuat tuduhan dan mendesak agar nama pemimpin yang dimaksudkan didedahkan.

"Ini sangkaan jahat. Tak boleh bangun bantai (tuduh) saja... nyatakan siapa dia yang minta tanah di Kelantan?,"soalnya.

"Dah dapat (tanah) pun, saya akan senaraikan," balas Pendang.

Namun Jelutong yang tidak berpuas hati, terus mencabar Pendang menamakan serta merta pemimpin yang dimaksudkan.

Tindakan Rayer disokong beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain iaitu, Syahredzan Johan (PH-Bangi), Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Chow Yu Hui (PH-Raub) dan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang turut bangkit membuat desakan sama dan meminta agar tuduhan tersebut ditarik balik.

Artikel Berkaitan:

"Kalau berani sebut nama, kamu tak ada bukti kamu berbohong dalam Dewan," kata Rasah.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong kemudiannya meredakan ketegangan dengan meminta agar ahli Dewan yang tidak berpuas hati membuat usul mengenainya.

Sejurus kemudian, Pendang turut bersuara dengan bersetuju untuk menjawab usul dan menamakan pemimpin DAP yang dimaksudkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!