Rusuhan ganas cetus konflik baharu Turkiye-Syria?

Penunjuk perasaan menyerang sebuah trak milik Turkiye ketika protes di al-Bab, utara Syria pada akhir minggu lalu. Foto AFP
Penunjuk perasaan menyerang sebuah trak milik Turkiye ketika protes di al-Bab, utara Syria pada akhir minggu lalu. Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Turkiye menutup lintasan sempadan utama, Bab al Hawa yang menghubungkan ke barat laut Syria pada Selasa selepas rusuhan ganas anti-Damsyik melanda negara itu pada akhir minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, ali Yerlikaya berkata, seramai 474 individu terlibat serangan menyasarkan komuniti Syria di seluruh negara telah ditahan.

Harta benda milik golongan itu turut menjadi sasaran tindakan keganasan di bandar Kayseri selepas laporan yang tersebar di media sosial mendakwa seorang lelaki warga Syria melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Protes ganas itu kemudiannya merebak ke wilayah Hatay, Gaziantep, Konya, Bursa dan sebuah daerah di Istanbul.

Sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas rakan senegara mereka, ratusan penunjuk perasaan bertindak mengadakan protes di beberapa bandar laut Syria yang menempatkan pasukan tentera Ankara.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menuding jari menyalahkan puak pembangkang kerana mencetuskan rusuhan perkauman di negara itu yang turut memberi perlindungan kepada lebih tiga juta pelarian perang dari Damsyik.

“Tiada matlamat boleh dicapai dengan menyemarakkan xenofobia atau hasutan kebencian terhadap golongan pelarian,” tegasnya.

Difahamkan, Erdogan telah bertemu dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad sebagai usaha untuk memulihkan semula hubungan bilateral selepas ia terjejas dek perang saudara yang berlarutan sejak 2011. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!