Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu apabila Indeks Dolar AS susut kepada 105.641 mata susulan kenyataan daripada pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), Jerome Powell bahawa negara itu telah kembali ke landasan trajektori disinflasi (penurunan kadar inflasi).

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata, pasaran masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data pekerjaan AS dan indeks sektor bukan pembuatan ISM lewat malam ini yang akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai pendirian dasar faedah AS.

"Justeru, pasaran mata wang akan kekal berhati-hati dengan dolar AS dijangka terus mendapat sokongan,” katanya.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan terus meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9149/9169 daripada paras penutup 2.9195/9213 pada Selasa namun turun berbanding pound Britain kepada 5.9895/9933 daripada 5.9628/9659 dan susut berbanding euro kepada 5.0737/0770 daripada 5.0556/0583.

Ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan turun sedikit berbanding dolar AS kepada 3.4778/4803 daripada paras penutup 3.4737/4757 pada Selasa dan susut kepada 12.8346/8466 daripada 12.8021/8141 berbanding baht Thai sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Ringgit juga turun berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada paras penutup 8.02/8.03 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.5 daripada 287.8/288.1. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!