Harimau belang 'Yop Jalong' masuk perangkap

Pegawai Perhilitan menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap seekor harimau belang yang telah masuk perangkap di Jalong, Sungai Siput. Foto: ihsan pembaca
Pegawai Perhilitan menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap seekor harimau belang yang telah masuk perangkap di Jalong, Sungai Siput. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor harimau belang yang dilaporkan mengganggu ternakan penduduk di Jalong di sini pada Rabu.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, harimau belang jantan diberi nama 'Yop Jalong' dianggarkan berusia dua tahun itu berjaya memasuki perangkap yang dipasang sejak 20 Jun lalu.

"Perangkap ini dipasang selepas menerima aduan berhubung serangan haiwan liar ke atas ternakan kambing penduduk.

"Harimau ini dipercayai masuk awal pagi tadi dipercayai dari Hutan Simpan Bukit Kinta berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini.

Perhilitan Perak berjaya membawa keluar harimau belang yang telah masuk perangkap yang dipasang sejak 20 Jun lalu. Foto: ihsan pembaca
Perhilitan Perak berjaya membawa keluar harimau belang yang telah masuk perangkap yang dipasang sejak 20 Jun lalu. Foto: ihsan pembaca

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati harimau dengan berat kira-kira 75 kilogram itu dilaporkan dalam keadaan sihat.

Tambah Yusoff, operasi pemindahan dan tindakan lanjut dilaksanakan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!