Taufan Beryl: Rakyat Malaysia di Jamaica diminta waspada

Pergerakan Taufan Beryl yang dilaporkan berada di kategori empat dan dijangka melanda Jamaica pada 4 Julai. Gambar hiasan
Pergerakan Taufan Beryl yang dilaporkan berada di kategori empat dan dijangka melanda Jamaica pada 4 Julai. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia di Jamaica diarahkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan berkaitan cuaca buruk yang kini sedang melanda Kepulauan Caribbean.

Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Havana berkata, pihaknya sedang memantau rapat pergerakan Taufan Beryl yang dilaporkan berada di kategori empat dan dijangka melanda Jamaica pada 4 Julai.

"Kedutaan Besar Malaysia di Havana turut berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di kawasan terlibat dan negara berhampiran termasuk Kepulauan Cayman, Cuba, Republik Dominica, Haiti, dan Kepulauan Turks serta Caicos.

"Rakyat Malaysia di Jamaica dan negara berhampiran yang terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Havana di alamat No. 6612, 5th Avenue and 68 Street Miramar, Playa, Havana, Cuba atau hubungi ( 53 7204 8883 / 53 7204 8884 ) serta emel ke mwhavana@kln.gov.my

Menurutnya, sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian tersebut akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

Sebelum ini media melaporkan, Taufan Beryl melanda Caribbean dengan kelajuan angin melebihi 250 kilometer sejam mengakibatkan dua maut di Venezuela manakala lebih 600 rumah rosak apabila Sungai Manzanares melimpah.

Selain itu, Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez juga dihempap pokok tumbang sewaktu beliau melakukaan pemantauan kerja-kerja pembersihan kerosakan di negeri Sucre.

Artikel Berkaitan:

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata tiupan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan satu daripadanya mengenai pemimpin itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!