Perlombongan lantanid: Syarikat perlu ada kepakaran, kewangan kukuh

Saarani (kanan) menyantuni rakyat yang hadir sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di pada Rabu.
Saarani (kanan) menyantuni rakyat yang hadir sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Syarikat pelombong perlu mempunyai kepakaran tinggi dan kedudukan kewangan yang kukuh untuk memohon kelulusan bagi aktiviti perlombongan lantanid di Mukim Kenering, Hulu Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, itu antara kriteria diberi penekanan selain perlu mempunyai kelayakan lain yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Sekarang ini banyak proposal tempatan yang masuk, tidak terkira, kebanyakannya daripada syarikat tempatan.

"Dalam hal ini, kita kena tunggu dahulu dasar daripada kerajaan Pusat, apakah ketetapan yang membolehkan sesebuah syarikat itu mohon masuk dan dipertimbangkan beri (kelulusan) kepada mereka.

"(Namun) syarikat-syarikat berkaitan mestilah yang ada kepakaran dari aspek perlombongan dan yang ada sumber kewangan kukuh kerana projek perlombongan mineral ini memerlukan perbelanjaan besar," katanya kepada pemberita sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Sehingga siri ke-4, program Mesra Hari Bertemu Pelanggan telah menerima 796 aduan dan 89 peratus iaitu 707 aduan telah berjaya diselesaikan.
Sehingga siri ke-4, program Mesra Hari Bertemu Pelanggan telah menerima 796 aduan dan 89 peratus iaitu 707 aduan telah berjaya diselesaikan.

Media sebelum ini melaporkan, beberapa syarikat sudah menunjukkan minat untuk memproses unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering bagaimanapun Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu, perkara itu masih dalam proses perbincangan.

Pada Selasa, Saarani antara barisan menteri besar dan ketua menteri yang menghadiri Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Artikel Berkaitan:

Saarani berkata, Perak merupakan negeri yang kehadapan apabila cadangan yang dikemukakan mengenai hala tuju mineral negara telah dan sedang dilaksanakan kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu termasuklah pembinaan makmal persampelan NR-REE, Terra Mineral Lab di Simpang Pulai juga pembangunan industri hasilan produk akhir NR-REE.

"Apa yang dicadangkan kerajaan Pusat telah kita lakukan dan kita mintalah kerajaan mengiktiraf dan menyokong apa yang telah dilakuan kerajaan negeri ini," katanya.

Mengulas mengenai program Mesra Hari Bertemu Pelanggan, beliau berkata, sehingga siri ke-4 ini, sebanyak 796 aduan telah diterima dan 89 peratus iaitu 707 aduan telah berjaya diselesaikan.

"Sejumlah 89 aduan iaitu 11 peratus lagi yang masih dalam tindakan merupakan aduan-aduan kompleks yang melibatkan urusan tanah dan urusan peruntukan yang melibatkan banyak pihak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!