TFC nafi ketua jurulatih meninggal dunia kemalangan

 Tomislav Steinbruckner masih sihat dan giat melatih pemain di padang petang tadi sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Sabah FC.
Tomislav Steinbruckner masih sihat dan giat melatih pemain di padang petang tadi sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Sabah FC.
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) menafikan khabar angin bahawa ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Ia susulan penularan berita dan gambar palsu di laman sesawang dan media sosial hari ini.

Pengarah Sukan TFC, Zul Fadli Rozi berkata, berita tersebut jelas palsu dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab atas tujuan tidak baik.

Beliau berkata, pengendali kelahiran Crotia itu masih sihat dan giat melatih pemain di padang petang tadi sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Sabah FC di Kota Kinabalu, Sabtu ini.

TFC membenam Sabah FC 4-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, Sabtu lalu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya berita yang tersebar di laman sesawang dan laman sosial. Coach Tomi sihat walafiat dan sibuk melatih pemain di Pusat Latihan TFC di Gong Badak petang tadi...saya pun ada di sana," katanya ketika dihubungi.

Menurut Zul Fadli beliau serta keluarga besar TFC amat kesal dengan penularan berita itu yang dibimbangi menjejaskan semangat penyokong.

Beliau juga berharap supaya peminat bola sepak tidak mudah percaya dengan khabar angin dan tidak menularkan berita palsu itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!