Dr Zaliha betulkan istilah 'longkang otak'
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa hari ini memperbetul istilah brain drain yang digunakan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) dalam soalannya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, istilah brain drain yang diterjemahkan Oscar sebagai 'longkang otak' adalah tidak tepat.
"Sebelum saya meneruskan jawapan, saya ingin memperbetul sedikit yang digunakan oleh Yang Berhormat Sibu. Dalam soalan ini ada perkataan yang dikata brain drain itu sebagai 'longkang otak'.
"Itu definisi yang terlalu literal. Sebenarnya istilah yang telah diperkenalkan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah ‘hijrah cendekiawan’ walaupun ada yang sebut penghijrahan bakat tapi itu tak tepat," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan Oscar yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan mengenai usaha mengatasi masalah 'longkang otak' (brain drain) pada sesi soal jawab lisan pada Rabu. - Foto Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!