Pertunjukan ular tedung selar, sawa albino tarikan Karnival Rakyat Karangkraf 2024

Pihak Karangkraf bergambar dengan Ahmad Nazmi (tengah) di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, di sini pada Rabu.
Pihak Karangkraf bergambar dengan Ahmad Nazmi (tengah) di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Demonstrasi memadam kebakaran, pertunjukan ular serta pameran aset bomba dan penyelamat antara tarikan yang bakal dibawa ke Karnival Rakyat Karangkraf 2024 bermula 26 hingga 28 Julai ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Ahmad Nazmi Halil berkata, pihaknya mahu menekankan tentang kaedah pengendalian kebakaran buat pengunjung memandangkan tahap kesedaran masih kurang memuaskan.

Ahmad Nazmi
Ahmad Nazmi

Menurut beliau, berdasarkan statistik dan laporan, kes melibatkan kebakaran rumah yang berpunca daripada gas memasak serta elektrik tetap meningkat setiap tahun.

“Walaupun pasukan sudah menunjukkan demo berulang kali, kesedaran orang awam masih belum sampai tahap sepatutnya.

“Selain itu, kita juga sediakan pertunjukan ular tedung selar dan sawa albino. Orang ramai boleh berinteraksi serta bergambar dengan reptilia ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ahmad Nazmi memaklumkan, pihaknya turut mengadakan pameran aset dan jentera bomba terkini seperti Rapid Fire Rescue Tender (RFRT) yang lebih kompak serta sesuai untuk bergerak dalam kawasan bandar.

Tambah beliau, tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) yang mampu menyamai fungsi satu jentera RFRT juga ditampilkan buat tontonan pengunjung.

Artikel Berkaitan:

“Kami berterima kasih kepada Karangkraf kerana menyediakan satu platform yang dapat membantu kami menyampaikan mesej dan ilmu keselamatan.

“Saya harap orang ramai ambil peluang ini untuk hadir ke Karnival Rakyat Karangkraf 2024 kerana kami juga sediakan kuiz yang dapat menambah ilmu pengetahuan,” ujarnya.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 bakal membawa kelainan dengan mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan.

Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah SinarPlus MakanFest, Fiesta Kucing Tomkraf, Jualan Rahmah, pertunjukan seni persembahan, permainan tradisional dan sukan kampung, riuh rewang, rumah hantu, hari kantin sekolah Sinar Bestari, demonstrasi badan unit beruniform serta cabutan bertuah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!