Kembalikan fesyen potongan rambut ‘431’ atau ‘432’ untuk budak sekolah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

“YANG kau usik ni bukan anak binatang, rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak!” Sakit hati Merak Jalanan dengar ayat yang dikeluarkan oleh seorang lelaki yang menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong.

Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.

Dikaitkannya pula dengan gaya rambut Rasulullah ketika dia mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar.

Inilah masalah perangai ibu bapa zaman sekarang, terlalu over protective walaupun tidak semua, sehinggakan anak-anak pada hari ini semakin lembik.

Susah sangat ke untuk pastikan anak-anak sentiasa berdisiplin terutamanya berkaitan dengan soal rambut? Sekolah tempat belajar bukannya pentas untuk memperagakan fesyen-fesyen rambut.

Merak Jalanan masih ingat sewaktu zaman persekolahan dahulu. Cukup pantang kalau ada pelajar yang simpan rambut atau bela ekor. Memang ‘tobek’ rambut di kepala dipotong oleh cikgu disiplin.

Paling memalukan, dipanggil ke pentas perhimpunan, dikumpulkan pelajar berambut panjang dan digunting rambut di hadapan semua orang.

Balik rumah terpaksa repair atau terpaksa terus mengikut potongan rambut yang disyorkan ketika itu dan pelajar sekolah pada zaman itu perlu buat potongan ‘431’ atau ‘432’.

Artikel Berkaitan:

Zaman sekarang, macam-macam gaya Merak Jalanan tengok anak-anak ke sekolah. Tiada lagi fesyen potongan ‘431’ atau ‘432’.

Pada Merak Jalanan, fesyen potongan ‘431’ atau ‘432’ cukup praktikal dan sesuai untuk murid mahupun pelajar sekolah menengah.

Gaya rambut itu menampakkan pelajar sekolah lagaknya seperti askar dan tidak lembik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!