Dana diperlukan untuk siapkan asrama baharu

Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah, (Manhal) Pulau Melaka memerlukan sumbangan dana bagi mempersiapkan asrama baharu untuk para pelajar.
Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah, (Manhal) Pulau Melaka memerlukan sumbangan dana bagi mempersiapkan asrama baharu untuk para pelajar.
A
A
A

KOTA BHARU - Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah, (Manhal) Pulau Melaka memerlukan sumbangan dana bagi mempersiapkan asrama baharu untuk para pelajar.

Lembaga Pengurusan Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-quran Nikmatillah, Nik Hamdi Abdul Ghani berkata, para pelajar perlukan bangunan baharu yang lebih selesa dan selamat untuk mereka diami sepanjang menuntut pengajian di sini.

"Kebanyakan pelajar tahfiz adalah dari keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan.

"Matlamat mereka bukan sahaja mengejar ilmu dunia tetapi akhirat demi menjadi insan yang di redai ALLAH," katanya.

Menurut beliau, dengan sumbangan yang dihulurkan pihaknya dapat membeli batu-bata, simen, pasir, besi serta peralatan kelengkapan pembinaan yang lain.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui Bank Islam Malaysia Berhad 03018010175930 atas nama Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: