Sempat lagak 'superman' sebelum jamu selera

Enam penunggang motosikal yang ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya KESAS, Klang pada Khamis.
Enam penunggang motosikal yang ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya KESAS, Klang pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Aksi mat rempit di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di sini ketika perjalanan untuk menjamu selera menjerat diri selepas ditahan pada Khamis.

Enam penunggang motosikal itu ditahan secara berasingan bermula kira-kira jam 1.20 pagi menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, mereka dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri serta 'superman'

Mohd Nasri
Mohd Nasri

Katanya, selain penahanan kesemua lelaki berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ini, polis turut menyita motosikal mereka jeniz Yamaha Y15ZR dan Yamaha Y16ZR untuk tindakan lanjut.

"Soal siasat awal mendapati kesemua mereka dikatakan menetap di sekitar Klang dan dalam perjalanan ke sebuah kedai makan di Shah Alam.

"Pada masa sama, mereka menguji kelajuan motosikal dengan melakukan aksi berbahaya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, selain itu, JSPT turut mengeluarkan empat saman atas kesalahan tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan tiada lesen memandu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, operasi sehingga jam 4 pagi itu bertujuan membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Tegas Mohd Nasri, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan dan operasi akan terus dilaksanakan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!