Ringgit dibuka tinggi

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS semasa sesi awal dagangan pada Khamis susulan data ekonomi AS yang lemah, memberi petunjuk bahawa ekonomi semakin lemah dan keperluan bagi Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk melonggarkan dasar monetari untuk meningkatkan ekonomi. Gambar hiasan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS semasa sesi awal dagangan pada Khamis susulan data ekonomi AS yang lemah, memberi petunjuk bahawa ekonomi semakin lemah dan keperluan bagi Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk melonggarkan dasar monetari untuk meningkatkan ekonomi. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT mengukuh berbanding dolar AS semasa sesi awal dagangan pada Khamis susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, memberi petunjuk bahawa ekonomi semakin lemah dan keperluan bagi Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk melonggarkan dasar monetari untuk meningkatkan ekonomi.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7100/7130 berbanding dolar AS daripada 4.7180/7210 yang dicatatkan pada akhir urus niaga pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit boleh menunjukkan prestasi baik hari ini, mungkin mengukuh daripada paras RM4.71 berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah.

Imbas kembali, AS mengeluarkan satu siri data ekonomi; Indeks ISM bagi sektor perkhidmatan merosot di bawah 50 mata kepada 48.8 mata pada bulan Jun dan sub-indeks Pesanan Baharu turun dengan ketara kepada 47.3 mata.

Selain itu, dakwaan awal bahawa pengangguran adalah lebih tinggi daripada jangkaan, mencecah 238,000 minggu lepas berbanding anggaran konsensus manakala laporan pekerjaan ADP yang mengukur penciptaan pekerjaan dalam sektor swasta, turun kepada 150,000 pada bulan Jun daripada 157,000 tahun lalu, lebih rendah berbanding konsensus anggaran sebanyak 165,000.

Nota Perbendaharaan AS dua dan 10 tahun masing-masing susut empat dan tujuh mata asas kepada 4.71 peratus dan 4.36 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) turun lebih rendah kepada 105.403 mata malam tadi berbanding 105.722 mata sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9180/9201 daripada 2.9149/9169 pada Rabu, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0057/0095 daripada 5.9895/9933 ketika ditutup semalam dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0835/0867 daripada 5.0737/0770 sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang negara ASEAN kecuali rupiah Indonesia.

Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 287.6/288.0 daripada 288.1/288.5 tetapi diniagakan rendah berbanding dolar Singapura pada 3.4824/4849 daripada 3.4778/4803 ketika ditutup semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8653/8781 daripada 12.8346/8466 sebelumnya.

Ringgit tidak berubah berbanding peso FIlipina pada 8.03/8.04 sejak penutupn pada Selasa. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!