PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau menziarahi Chee Hooi, atau lebih dikenali sebagai Tan Rambut Panjang dalam kalangan rakan aktivis, baru-baru ini. Foto FB Anwar Ibrahim

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi, Tan Chee Hooi yang diuji masalah kesihatan, selain baru kehilangan anak sulung.

Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau menziarahi Chee Hooi, atau lebih dikenali sebagai Tan Rambut Panjang dalam kalangan rakan aktivis, baru-baru ini.

Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Chee Hooi (kanan) serta keluarga. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Chee Hooi (kanan) serta keluarga. Foto FB Anwar Ibrahim

"Tiga bulan lepas saudara Chee Hooi telah kehilangan anak sulungnya akibat sakit jantung.

"Malah saya juga dimaklumkan keadaan kesihatan beliau juga tidak begitu baik apabila menghidap penyakit darah tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Chee Hooi (kiri) diuji masalah kesihatan, selain baru kehilangan anak sulung. Foto FB Anwar Ibrahim
Chee Hooi (kiri) diuji masalah kesihatan, selain baru kehilangan anak sulung. Foto FB Anwar Ibrahim

Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Chee Hooi serta keluarga.

Perdana Menteri juga mendoakan supaya Chee Hooi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup bersama keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!