Rumah kosong jadi tempat 'simpan' PATI

Polis menahan PATI dan ejen sindiket dalam serbuan di sebuah rumah di Hulu Langat, Kajang pada Rabu.
Polis menahan PATI dan ejen sindiket dalam serbuan di sebuah rumah di Hulu Langat, Kajang pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Geng Kribo yang menjadikan rumah kosong Batu 14, Hulu Langat di sini, sebagai rumah penampungan bagi 'menyimpan' pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum diseludup keluar dibongkar polis pada Rabu.

Kegiatan itu dikesan menerusi Op Pintas yang Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 5.10 petang.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi ini telah menahan 32 PATI termasuk 14 wanita.

Soffian
Soffian

Menurutnya, semakan mendapati empat lelaki migran terbabit adalah warga Bangladesh, manakala selebihnya merupakan Indonesia.

"Pemeriksaan juga mendapati tangkapan termasuk seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dan kanak-kanak berumur satu tahun bersama ibunya yang berusia 22 tahun.

"Siasatan awal mendapati kegiatan ini dilakukan Geng Kribo dan migran ini perlu membayar kepada ejen berjumlah RM1,600 hingga RM2,500 seorang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, polis turut menahan dua lelaki Indonesia yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan dan ejen untuk tindakan di bawah Seksyen 26A Akta Atipsom 2007.

Artikel Berkaitan:

Polis menahan PATI dan ejen sindiket dalam serbuan di sebuah rumah di Hulu Langat, Kajang pada Rabu.
Polis menahan PATI dan ejen sindiket dalam serbuan di sebuah rumah di Hulu Langat, Kajang pada Rabu.

Tambah Soffian, dipercayai PATI ini hendak diseludup keluar ke Indonesia melalui jalan laut.

"Soal siasat awal mendapati sindiket menjadikan rumah tidak bernombor terbabit sebagai tempat PATI sejak tiga bulan lalu," ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!