PH boleh menang jika dapat sokongan 36 peratus pengundi Melayu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) berpeluang merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap jika koalisi Kerajaan Perpaduan mampu menarik sokongan 36 peratus daripada pengundi Melayu pada pilihan raya kecil (PRK), Sabtu ini.

Pengerusi Eksekutif Institusi Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, melalui kaji selidik yang dijalankan, PH memerlukan sokongan kaum India di tiga pusat daerah mengundi (PDM) iaitu Sungai Bakap (20 peratus), Puteri Gunong (26 peratus) dan Ladang Sempah (25 peratus).

Katanya, kajian itu juga mendapati koalisi PH-BN mendapat sokongan sebanyak 53.2 peratus sementara Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan 43 peratus manakala 3.8 peratus lagi adalah pengundi atas pagar.

ARTIKEL PENUH: PH boleh menang jika dapat sokongan 36 peratus pengundi Melayu

Artikel Berkaitan: