Azeem mahu jumpa MSN, ISN

Azeem
Azeem
A
A
A

RAJA pecut 100 meter negara, Muhammad Azeem Fahmi akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institusi Sukan Negara (ISN) berkenaan persediaannya ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas layak dengan status 'wild card'.

Atlet berusia 20 tahun itu mahu fokus proses pemulihannya dan akan tinggal di Malaysia untuk membuat persiapan dalam masa berbaki kurang satu bulan sebelum berentap ke temasya sukan beprestij itu.

"Saya mahu buat praktis dan proses sembuh dengan terbaik, dalam tempoh yang tak lama dan tak terlalu singkat ini, fokus saya untuk recovery jaga badan saya.

"Balik dari Indonesia saya mungkin akan duduk dengan ISN, MSN macam mana perjalanan saya ke Sukan Olimpik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA) pada Rabu.

Azeem Fahmi sebelum itu menambah koleksi pingat emas buat kem olahraga apabila mengungguli acara 4x100m berganti-ganti lelaki bersama Mohammad Thaqif Mohammad Hisham, Aliff Iman Mohd Fahimi dan Mohd Raimi Mustafa Kamal.

Pada Isnin, Azeem memaklumkan dia mengalami beberapa kecederaan ringan yang memaksanya untuk menjalani proses pemulihan pada Februari hingga April lalu.

Jelasnya, setakat ini dia sudah 100 peratus sembuh dari sebarang kecederaan, namun masih berdepan trauma ketika beraksi di atas trek.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!