Demam kepialu: Sebuah sekolah di Kelantan diarah jalani saringan

Dr Zaini
Dr Zaini
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seramai 1,000 orang termasuk pelajar sebuah sekolah menengah di sini, menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia susulan lima pelajar di sebuah sekolah menengah di sini telah disahkan terkena jangkitan itu.

"Saringan itu melibatkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dan juga kakitangan sekolah.

"Ujian saringan tifoid itu dijalankan oleh kakitangan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) selama tiga hari yang bermula Rabu.

"Usaha ini adalah untuk mengawal jangkitan daripada menular dan setakat ini kes terkawal," katanya.

Menurut beliau, ujian saringan ini juga bagi memastikan pelajar dan kakitangan sekolah terbabit bebas daripada terkena jangkitan tifoid.

Dr Zaini menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan sebarangan jangkitan yang serius termasuk tifoid.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan sebuah sekolah menengah di Kota Bharu gempar apabila pelajarnya silih berganti diserang penyakit demam kepialu sejak minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Seorang ibu kepada pelajar di sekolah berkenaan yang enggan di kenali berkata, penyakit mula dikesan dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lalu.

Menurutnya, sebelum ini ada beberapa pelajar asrama telah terkena jangkitan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!