Lelaki maut MPV terbabas masuk parit

Seorang lelaki meninggal dunia selepas MPV yang dipandu terbabas masuk ke dalam parit.
Seorang lelaki meninggal dunia selepas MPV yang dipandu terbabas masuk ke dalam parit.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu terbabas masuk ke dalam parit di Jalan P 4/2, Bandar Teknologi Kajang Semenyih, di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 10.51 pagi

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, komander operasi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Honda Stream terbabas masuk ke dalam parit.

"Terdapat seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia, ia disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: