Ibu gajah setia tunggu anak jatuh longkang

Anak gajah itu diselamatkan menggunakan tali yang diikat pada jengkaut.
Anak gajah itu diselamatkan menggunakan tali yang diikat pada jengkaut.
A
A
A

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad.

Operasi menyelamat itu dilakukan oleh seramai lapan anggota Perhilitan Daerah Jeli.

Video berdurasi 1 minit 20 saat yang dimuat naik di Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia itu ditonton lebih 46,600 tontonan serta menerima lebih 2,500 tanda suka.

Semasa operasi menyelamat dilakukan turut kelihatan ibu kepada anak gajah tersebut yang tidak berganjak walaupun seinci selain sabar menanti kerja-kerja menyelamatkan anaknya.

Anak gajah itu berjaya diselamatkan menggunakan tali yang diikat pada jengkaut.

Selepas diselamatkan ibu serta anak gajah tersebut dilihat masuk ke kawasan hutan berhampiran.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkait perkara tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di batu 13 Jalan Raya Timur-Barat, Jeli, Kelantan pada Ahad. Operasi menyelamat itu dilakukan oleh seramai lapan anggota Perhilitan Daerah Jeli. Semasa operasi menyelamat dilakukan turut kelihatan ibu kepada anak gajah tersebut setia menemani anak kecilnya. Anak gajah itu diselamatkan menggunakan tali diikat pada jengkaut dan sebaik diselamatkan, haiwan terbabit dilihat memasuki kawasan hutan berhampiran. #fyp #Jeli #Gajah #Kelantan #PerhilitanJeli #Videoviral

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!