Agong terima menghadap Sheikh Al-Azhar

Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang dalam rangka lawatan khas empat hari ke Malaysia. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang dalam rangka lawatan khas empat hari ke Malaysia. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang dalam rangka lawatan khas empat hari ke Malaysia.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara di sini pada Khamis.

"Pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb berlangsung selama sejam bermula 10 pagi," menurut kenyataan itu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.

Sheikh Al-Azhar kini dalam lawatan khas ke Malaysia selama empat hari sehingga esok atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Mesir. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!