Lelaki maut ketika main bola keranjang

Mangsa berumur 41 tahun sebelum itu dipercayai rebah ketika sedang bermain bersama beberapa individu lain di sebuah kolej swasta. Foto hiasan
Mangsa berumur 41 tahun sebelum itu dipercayai rebah ketika sedang bermain bersama beberapa individu lain di sebuah kolej swasta. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain bola keranjang dalam kejadian di sebuah kolej swasta dekat sini pada Rabu.

Mangsa berumur 41 tahun sebelum itu dipercayai rebah ketika sedang bermain bersama beberapa individu lain.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri itu kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dekat Cheras.

"Mangsa dibawa kira-kira jam 10.12 malam ke hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Inspektor Toh Chee Haur di talian 0392050301 sambungan 302," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!