Lelaki didakwa edar 100.2kg ganja

Tertuduh diiringi polis sebaik tiba di lokap Mahkamah Alor Setar pada Khamis.
Tertuduh diiringi polis sebaik tiba di lokap Mahkamah Alor Setar pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat lebih 100 kilogram (kg) pada bulan lalu.

Tertuduh, Dzulkifli Che Othman, 47, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di depan Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis atau ganja seberat 100.2kg di sebuah inap desa di Taman Aman di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan kira-kira jam 4.30 petang, 25 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah Fuad Mohamad Faiz mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan 1 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan kimia.Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh

Baru-baru ini media melaporkan kejayaan polis merampas lebih 100 kg ganja dari sebuah inap desa yang disewa di Taman Aman.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, lokasi tersebut disewa suspek yang merupakan seorang penganggur untuk dijadikan sebagai lokasi transit penyimpanan dadah.

Kesemua ketulan ganja tersebut dimampatkan dalam balutan aluminium (Aluminium foil) keemasan dan dibalut plastik lutsinar yang setiap satunya seberat kira-kira 1kg.

Keseluruhan dadah itu bernilai kira-kira RM250,000 dan dianggarkan boleh digunakan kira-kira 20,000 penagih jika terlepas ke pasaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Lelaki didakwa edar 100kg ganja #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #AlorSetar #Kanabis #dadaha News - AShamaluevMusic