Ketua EU tandatangan perjanjian Brexit

Ursula von der Leyen (kiri) dan Charles Michel menandatangani perjanjian Brexit hari ini. - Foto: Agensi
Ursula von der Leyen (kiri) dan Charles Michel menandatangani perjanjian Brexit hari ini. - Foto: Agensi
A
A
A

BRUSSELS - Dua pegawai tertinggi Brussels, Presiden Suruhanjaya Eropah dan Majlis Eropah hari ini menandatangani perjanjian pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU).

Dengan pengesahan rasmi daripada Ursula von der Leyen dan Charles Michel, teks itu kini akan dihantar ke Parlimen Eropah pada 29 Januari untuk ratifikasi.

Kemudian pada Khamis depan, diplomat dari negara anggota EU akan meluluskan perjanjian tersebut secara bertulis bagi penarikan diri Britain.

"Michel dan saya telah menandatangani perjanjian keluar EU-United Kingdom (UK) sekali gus membuka jalan untuk ratifikasinya oleh Parlimen Eropah," kata von der Leyen.

Dalam tweet berasingan, Michel berkata, perkara tidak dapat dielakkan akan berubah namun persahabatan mereka akan kekal.

"Kami akan memulakan bab baharu sebagai rakan kongsi dan sekutu," katanya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!