Jabatan Audit Negara syor kaji semula objektif, fungsi ECERDC

Jabatan Audit syor Kementerian Ekonomi kaji semula objektif, fungsi ECERDC. Gambar hiasan
Jabatan Audit syor Kementerian Ekonomi kaji semula objektif, fungsi ECERDC. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Audit Negara mengesyorkan Kementerian Ekonomi mengkaji semula objektif, fungsi dan peranan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang ditubuhkan sejak 2008 itu.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, cadangan itu dibuat bagi memastikan projek dan program yang dirancang akan mengambil kira keutamaan, keadaan serta keperluan semasa agar dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

"Saranan itu juga turut memastikan setiap projek yang dirancang mencapai objektif berkesan, selain tidak menjejaskan pulangan kepada kerajaan nanti.

"Pihak audit antara lain turut mengesyorkan Kementerian Ekonomi, ECERDC dan pihak berkaitan untuk mengambil tindakan seperti Melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak yang terlibat dalam merangka strategi dan mempergiatkan lagi aktiviti promosi bagi menarik pelabur di plot-plot perindustrian dan Syarikat Induk bagi projek Agropolitan," kata laporan itu.

Laporan sama turut mendedahkan prestasi pengisian plot perindustrian ECERDC adalah kurang memuaskan iaitu hanya enam atau 14 peratus daripada 43 plot perindustrian diisi dengan pelabur.

Perkara ini katanya, boleh menyumbang kepada ketidakcapaian objektif projek yang telah ditetapkan.

Pengisian lot tidak memuaskan itu melibatkan tiga projek iaitu Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP), Taman Industri Kuantan MalaysiaChina (MCKIP 3) dan Taman Biopolimer Kertih (KBP).

"Projek TBIF telah dikenal pasti dalam EMP 1.0 sebagai salah satu Projek Pembangunan dan Naik Taraf Industri Perikanan di Tok Bali. Pembangunan projek melibatkan Fasa 1A dan Fasa 1B dengan kos berjumlah RM67.60 juta dan berkeluasan 34.38 ekar.

Artikel Berkaitan:

"Semakan lanjut audit mendapati sebanyak 14 plot Perindustrian disediakan bagi keduadua fasa tersebut. Bagaimanapun, hanya satu plot perindustrian kini diisi dan 13 plot perindustrian masih kosong semenjak diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada tahun 2017," katanya.

Tambahnya, bagi projek MCKIP yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM178.76 juta membabitkan 19 plot perindustrian pula, hanya satu plot perindustrian diisi manakala 18 plot perindustrian lagi masih kosong sejak tahun 2017.

Semakan audit bagi projek KBP pula mendapati hanya empat plot perindustrian telah diisi manakala enam plot perindustrian masih kosong sejak tahun 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!