Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur

No Image Caption
A
A
A
Petugas-petugas kontraktor sibuk membuat persiapan akhir di tapak Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur ketika tinjauan fotoBERNAMA di Dataran Sayangi Kuantan hari ini.

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur akan membuka tirainya esok sehingga Ahad dengan membawakan lebih 180 perkhidmatan kementerian, agensi kerajaan persekutuan dan negeri secara langsung kepada rakyat.

No Image Caption



Pelbagai tarikan menanti pengunjung antaranya karnival kerjaya yang menyediakan lebih 1,700 peluang pekerjaan serta pameran dan perkhidmatan berhubung Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kecerdasan butan (AI).

Acara lain yang bakal menjadi perhatian termasuk Jualan MADANI dengan potongan harga sehingga 30 peratus, pengurangan kadar saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus dan program Jom Tukar Topi Keledar yang menawarkan 1,000 unit topi keledar sehari.

No Image Caption



Pengunjung juga berpeluang mengikuti pameran aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bagi peminat haiwan terutamanya kanak-kanak, mereka berpeluang melihat secara dekat dua ekor gajah yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Lanchang dan menyertai aktiviti zoo haiwan jinak serta pelbagai aktiviti lain.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Seluruh warga Pantai Timur dipelawa hadir beramai-ramai memeriahkan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur bermula esok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024