PRK Sungai Bakap: PH tumpu dekati pengundi dalam tempoh 48 jam

Saifuddin (dua kiri) bersama Joohari pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH, Sungai Bakap pada Khamis.
Saifuddin (dua kiri) bersama Joohari pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH, Sungai Bakap pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Pakatan Harapan (PH) memberikan tumpuan khusus dalam tempoh 48 jam terakhir ini menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti tersebut percaya untuk mencapai kemenangan berdasarkan culaan yang dilakukan oleh gabungan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sejak penamaan calon pada 22 Jun lalu.

Menurutnya, menuju hari pengundian, tumpuan jentera mereka kini adalah untuk terus mendekati masyarakat termasuk memberikan penjelasan kepada setiap isu yang dibawakan oleh pihak lawan dalam usaha memenangkan calon PH, Dr Joohari Ariffin

"Kami telah memberikan tumpuan berasaskan kepada masalah setempat dan menjawab isu yang dibangkitkan pihak lawan. Kami 'zoom' supaya boleh membuat langkah mendekati masyarakat, dan menyelesaikan masalah pada peringkat mikro."

"Kekuatan jentera kami berjaya digembleng untuk menjayakan hasrat ini. Asasnya, fokus masa akhir adalah 'get the voters out'," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH, di sini pada Khamis.

Jelas Saifuddin, biarpun PRK Sungai Bakap tidak akan mengugat kerajaan negeri dan juga Persekutuan, namun sekiranya Joohari menang, beliau membolehkan seorang lagi wakil Melayu PH dapat ditempatkan dalam DUN Pulau Pinang.

Sementara itu, mengulas berkenaan laporan kajian Insitut Darul Ehsan (IDEA) mendapati PH mendapat 53.2 peratus sokongan berbanding 43 peratus PN, beliau melihat kajian berkenaan dapat dijadikan panduan pada PRK berkenaan.

"Kajian ini dapat membantu kami mengolah strategi kampen lapangan namun tidak boleh mengganti secara keseluruhannya asas kerja kempen pilihan raya di lapangan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara Joohari dan calon PN, Abidin Ismail susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.