Pengurus ladang ditahan SPRM kes rasuah RM10,000

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus ladang pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM10,000.

Permohonan reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman suspek selama enam hari sehingga Selasa depan.

Tempoh reman itu diperoleh bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, wang suapan tersebut diterima bagi meluluskan tuntutan bayaran daripada pembekal.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!