Kecoh insiden kebocoran gas di kargo KLIA

Gambar tular insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Khamis.
Gambar tular insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Seramai 20 individu mengalami pening kepala dipercayai terhidu kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, 20 orang itu terdiri daripada kakitangan Sepang Aircraf, MAS Engineering Hangar dan CAE.

"Seramai 13 mangsa dibawa ke Medical Center, enam mangsa pula dihantar ke Air Disaster Unit Dan seorang mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Wan Md Razali berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri telah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia itu kira-kira jam 11.23 pagi.

"Seramai 23 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Shah Alam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan hadir ke operasi itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Wan Md Razali berkata, turut berada di lokasi kejadian agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Air Side Safety.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!