LKAN: Mara Inc catat kerugian terkumpul RM286.3 juta

Kumpulan Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) merekodkan kerugian terkumpul berjumlah RM286.3 juta pada tahun 2022 ekoran pelaksanaan aktiviti yang kurang cekap.
Kumpulan Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) merekodkan kerugian terkumpul berjumlah RM286.3 juta pada tahun 2022 ekoran pelaksanaan aktiviti yang kurang cekap.
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kumpulan Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) merekodkan kerugian terkumpul berjumlah RM286.3 juta pada tahun 2022 ekoran pelaksanaan aktiviti yang kurang cekap.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 yang dikeluarkan pada Khamis mendedahkan, Mara Inc turut mencatatkan defisit pegangan saham berjumlah RM115.73 juta dan menanggung liabiliti semasa berjumlah RM234.96 juta pada tahun 2022.

“Kos pelaburan dalam lima syarikat subsidiarinya pada tahun 2022 turut mengalami penjejasan nilai terkumpul sebanyak RM87.18 juta atau 54.8 peratus.

“Ia kerana kedudukan liabiliti semasa bersih berikutan hutang antara syarikat yang tinggi melebihi aset yang dimiliki,” kata laporan berkenaan.

LKAN menjelaskan, disebabkan itu objektif penubuhan Mara Inc melalui aktiviti pengurusan hartanah belum tercapai sepenuhnya.

Justeru, LKAN mengesyorkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Mara supaya meningkatkan pemantauan menyeluruh terhadap prestasi Mara Inc.

“Mara Inc perlu menyemak semula objektif dan pelaksanaan aktiviti utama dalam pengurusan hartanah yang menguntungkan dan memberi pulangan kepada mereka,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: