Piala FA: MUFT turunkan kesebelasan baharu berdepan JDT
PENGENDALI skuad Liga A1 Semi-Pro, Malaysia University Football Team (MUFT), Ridzuan Abu Shah, bakal menurunkan kesebelasan baharu bagi aksi aksi suku akhir kedua Piala FA berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat.
Menurutnya, langkah berkenaan dibuat berikutan proses penggiliran pemain sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak pengurusan pasukan sebelum ini.
“Kita akan berdepan JDT sekali lagi di sini (Stadium Sultan Ibrahim), sama juga, dan kita akan tukar 'new line up' untuk perlawanan kali ini.
“Ini juga merupakan rotation (penggiliaran), yang saya buat sama ada pemain-pemain tersebut perform atau tidak.
“Secara keseluruhannya, rotation ni kita buat supaya semua pemain dapat timba pengalaman di sini bermain dengan pasukan besar seperti JDT,” katanya.
Untuk rekod, skuad The University Tigers itu tewas 0-5 pada aksi suku akhir pertama, minggu lalu di venue sama.
Skuad MUFT juga hampir membawa bekalan satu gol untuk aksi kedua suku akhir kali ini, namun jaringan tunggal yang berjaya dihasilkan pada aksi suku akhir pertama lalu dibatalkan setelah melalui penelitian pada kamera bantuan pengadil (VAR).
Mengulas mengenai perancangan pasukan, Ridzuan berkata, kesebelasan pemain akan bermain seperti biasa dan mengamalkan open play (permainan terbuka).
“Kita akan turun seperti biasa... main open (terbuka). Lagi pun, kita tahu JDT memang bagus dengan passing daripada pemain mereka,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!