Enakmen Lembah Klang Raya Selangor jangka dibentang tahun depan


Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek Lembah Klang Raya akan menjadi paltform ujian untuk teknologi infrastruktur dan pengurusan trafik pintar serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mikromobiliti dalam kalangan masyarakat.

Ujarnya, Lembah Klang Raya Selangor merupakan model metropolitan untuk memperkukuh ketersambungan ekonomi dan fizikal melibatkan empat bandar raya iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang iaitu dalam usaha kerajaan negeri menyediakan infrastruktur fizikal dan digital berkualiti setanding kota-kota utama di Asia.

"Tambahan, jumlah penduduk di empat bandar raya ini sahaja adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk di mana-mana negeri di Malaysia.

"Justeru, cabaran utama adalah untuk menggerakkan proses rejuvenasi kawasan seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang yang sudah menjadi tapak dan enjin ekonomi negeri dengan membuka pintu kepada industri yang tidak bergantung sepenuhnya kepada keluasan tanah tetapi kemampuan teknologi seperti automasi," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini yang bermula pada Khamis.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan bajet untuk meneroka kebolehlaksanaan pembangunan Jajaran Rel Selangor dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam serta perluasan daripada jajaran sedia ada dari Kuang ke KualanSelangor.

Jelasnya, jajaran pantai barat tersebut mempunyai potensi untuk membangunkan kawasan Kapar, Jeram, Kuala Selangor, Sekinchan dan Sabak Bernam selain memberikan manfaat sehingga sempadan Perak.

Artikel Berkaitan:

"Usaha ini akan melengkapi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yangnmenghubungkan Selangor dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!